Saturday, 19 January 2013

Duduk Diam! Bersyukur lah!

Assalamualaikum.

Baru-baru ni, saya ada tengok satu video Forum Mahasiswa. Forum tu berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM)


Seorang mahasiswi yang berbangsa India bertanyakan soalan kemudian mengeluarkan beberapa fakta tentang pendidikan percuma di negara-negara luar. Soalan itu ditujukan pada seorang panelist, Sharifah Zohra Jabeen. Jika seseorang itu bertanyakan soalan kepada seseorang hendaklah menjawab soalan itu walaupun soalan itu mengarut. tetapi soalan yang dikelauarkan itu 100% tidak mengarut dan fakta-fakta yang dikeluarkan itu memang benar.

Yang Sharifah tu plak tak nak jawab. nampak tak bangang nya di situ. manusia memang ada masalah.

Imagine. One day, kita ada masalah. dalam masa yang sama, kawan kita pon ada masalah. Apa yang perlu kita buat? Masalah kita yang patut diselesaikan dulu atau masalah kawan kita dulu? Semestinya masalah kita dahulu sebab kalau kita sendiri tak reti nak selesaikan masalah kita sendiri, apatah lagi nak selesaikan masalah orang lain?

Sharifah tu pergi kaitkan masalah manusia dengan masalah binatang. Apakah?! Hoi! Kami ada masalah la! Jangan la bising pasal masalah binatang! Jangan la putar belitkan soalan orang!

Perkara benar yang ramai 'anjing-anjing' tak nampak adalah bila mahasiswa atau mahasiswi mengutarakan sesuatu atau memberi satu cadangan baru untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia, orang-orang atasan akan suruh mereka duduk diam dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Apakah?!

Apa guna Allah pinjamkan kepada kita akal? Hiasan semata-mata? Allah suruh kita berfikir. Bila kita banyak berfikir, maka banyaklah benda-benda baru untuk kita memakmurkan lagi bumi Allah ni.

Contohnya, jika Malaysia melaksanakan pendidikan percuma buat rakyatnya, maka ramailah golongan berpendapatan rendah akan mendapat pendidikan yang tinggi dan kadar pengangguran semestinya akan berkurangan.

Yang ramainya sekarang di Malaysia ni orang kaya berpendidikan tinggi tapi moralnya rendah. Macam Sharifah tu la. Dia sebenarnya kaya. Belajar tinggi-tinggi tapi ditipu oleh beberapa pihak untuk membodohkan anak-anak muda di Malaysia.

So, janganlah kita mengambil satu sumber sahaja. Carilah sumber-sumber lain juga. Walaupun negara itu mengamalkan satu benda yang bagus, tak salah untuk kita mengikut sistem negara tersebut. Jangan malu! Apa motif negara tu buat benda bagus kalau tidak menjadikan contoh pada orang lain. AM I RIGHT?!

BANGKITLAH MALAYSIA! KALAU RASA TAK NAK BUAT, TUKAR JE LA KERAJAAN!


No comments:

Post a Comment