Assalamualaikum.
Pergh! Dah lama tak update blog ni. Busy sket. Nak kena handle Wafdul Amin tu yang jarang buka blog.
Sekarang saya ada mak angkat. Kalau tidak saya hanya ada mak kandung dan mak susuan je. Rasa happy juga la. Even mak angkat saya tu kategori miskin tapi best la dapat merasa juga hidup macam tu. K la. meh saya cerita dari awaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaal #WAFA12
Malam sebelum WAFA12 (4 Disember)
Taklimat dari pengarah WAFA, Donny (Don Faris). Saya datang lambat. cadang nya lepas maghrib nak gerak ke sekolah tapi........ dah nak pukul 10 baru sampai sekolah. hebat tak saya? hohoho. Lepas tu ada pembentangan dari setiap AJK dan PIC (Person In Charge). Sebelum saya datang ke sekolah, saya beli Red Bull Energy Drink (yang agak tinggi sket tu). Habit saya bila minum Red Bull, mood terus tukar. Jadi bila ada masalah dalam meeting, memang saya sangat moody. Masa tu anak buah saya bentangkan tentang protokol pakaian. Saya cakap lain, dia cakap lain. Memang saya dah tak tahan marah saya terus bangun dari kerusi dan terus keluar camtu je. Pergi tandas acah acah nak hilang kan stress. KONONNYA!
Hahaha then saya buat-buat okay plak lepas keluar dari tandas tu. KONONNYA!
Hahaha bila dah settle masalah tu, saya bentangkan tentang AJK Disiplin dengan tenang dan cerianya. Alhamdulillah semua faham. Kalau tak faham memang barai la WAFA tu nanti. haha.
Time malam la best. Saya langsung tak tidur. Sanggup jaga budak-budak untuk tidur & tak bagi dorang keluar sekolah. Tunggu budak-budak nasyid buat latihan sekali. Sampai saya nyanyi kuat-kuat untuk tahan tidur. Ada juga saya dengar banat kat dalam kelas tu borak-borak. Hahaha saya guna kuasa BAJET GARANG ni suruh dorang diam. HEBAT TAK? haha
Hari Pertama (5 Disember)
Sebelum solat subuh, saya dah mandi. wangi betul saya. dah la mandi guna shower! pergh! dah lama tak mandi guna shower. kat rumah saya mandi mana ada guna shower. Dah selesai semua benda kat surau, berkumpul kat dataran. "Hilmi, kau kumpul kan budak2." "Camne?" "alah, kau jerit la macam syabab."
DAFUQ!
Kalau jerit-jerit ni yang aku tak suka bro! tapi takpe. itu arahan daripada pengarah. suka tak suka kena la ikut. saya jeritlah dengan sekuat hati. dan habit saya bila jerit panggil orang, mood saya akan bertukar menjadi mood.... KAWAD. tak kisah la kawan tak kawan. awek tak awek, semua saya bantai kalau dorang buat kesalahan dalam kawad. tu yang susah sikit bila nak kawal.
Lepas solat sunat, kami terus gerak ke Kampung Bagan Terap, Sabak Bernam!
Sampai je kat Masjid al-Mujahidin, terus masuk ke majlis perasmian. Sangat penat. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Tidur dalam bas.
Bila umum je nama saya, pergh! saya dah ada mak angkat la! haha first time dapat merasa ada mak angkat. tak pernah tauuuu
Nama mak angkat saya Halijah bt Sohor. Ibu tunggal. Anak-anak dia takde masa tu. Yang ada cucu dan cicit dia. Suami dia meninggal 40 tahun yang lalu. Masih lagi kuat. Umurnya 79 tahun. Jalan tak perlukan tongkat pon. Boleh merempit lagi. Hebat tak mak angkat saya! hahaha
Dia ada 2 rumah. rumah pertama tu hancur kena bantai angin. Sekarang tengah renovate. Rumah satu lagi tu rumah kerajaan bagi. Dia tak duduk kat situ. Dia duduk kat rumah pertama tu. Kami yang duduk kat rumah kerajaan bagi tu. Agak kecil tapi terima je la. Nak juga rasa hidup susah. Kalau tidak bukan WAFA la namanya. Rumah tu betul2 tengah bendang. Dan first time saya berjalan di atas batas sawah padi. Rasa macam berjalan di syurga. SERIOUS!
Solat asar di Masjid. Dari rumah saya bonceng Hafeez. Bila balik tu Zahid suruh saya bawak motor. Saya dah cakap tak nak. Dia paksa jgak. First time tu bawak motor! dah la Hafeez bonceng
hahaha sepatutnya lepas asar tu ada aktiviti tapi saya dengan hafeez tidur kat rumah. hahaha bangun tidur je mak angkat saya dh siapkan goreng pisang atas meja makan. pisang goreng kampung mmg SEDAP!
Hafeez sumpah sakai. Tidur ngan dia macam tidur dengan patung. Bila kejut bangun solat subuh liat nak mati! hahaha sama je la ngan saya. dah bangun tu terus la solat. hehe

Hari kedua (7 Disember)
Hari Sukaneka ataupun Sukan Rakyat. Pergi ke masjid bawa motor. Hohoho. tak dapat nak cakap apa dah la. Memang macam beruk la saya bawa motor. Hafeez kat belakang takut je saya bawa motor. Mau je saya press sampai 110 km/j tapi saya kan orang yang jenis utamakan keselamatan. KONONNYA!
Sampai je kat masjid, park motor depan cikgu Syaheera dan Cikgu Syuhada. Ceh acah acah pandai bawa motor dah sekarang kan. Saje nak tunjuk kat cikgu2 sebab rumah cikgu takde motor. hehehe
Pukul 10 camtu Amir Acap minta hantar ke rumah dia. Jauh gila kot. Saya rasa dalam 5 km dari masjid. Yang tak tahan tu dia boleh lupa rumah keluarga angkat dia kat mana. daaaaaaaaaaaan.... terlajak. U-TURN! dan lepas u-turn pon boleh terlajak lagi. dan akhirnya sampai juga ke rumah nya. pastu ada la budak2 rempit kampung tu bising. "Tak reti bawak motor tak payah la bawak! hahaha!!!"
=.="
aku tak reti pon tak ganggu orang macam korang. sabar je lah.
lepas sukan rakyat ada sesi Ziarah ke rumah Warga Emas, OKU, dll.
Saya naik kereta dengan Hafeez (driver tersayang), Aziz, Azwan Sol, dan Syahid. Sumpah best! Best gila! Pasang radio sampai volume nak pecah lepas tu goyang-goyang kereta. Memang minta kereta hancur namanya tu. Hahaha. Saya yang tak suka lagu najwa latif ni boleh karaoke ngan member2 dalam kereta sbb terlalu happy dan gila masa tu. dah tak kisah dah lagu apa yang radio tengah main. hahaha.
Sampai rumah kedua, saya ditugaskan untuk menghulurkan sumbangan kepada seorang warga emas. Ada la sesi bergambar. Kalau sesi bergambar tu mesti macam acah acah bagi kat orang tu. sebenarnya bergambar je. saya tak sampai hati nak bagi nenek tu angkat beras yang berat tu. yang lain dah bising saya asyik pegang beras tu. mesti la saya nak letak kat tempat lain. tak payah la nenek tu pegang lama-lama. kesian la pulok. so saya letak la kat depan pintu rumah nenek tu.
Memang setiap kali pergi ke rumah nak bagi sumbangan tu kereta kami paling meriah. dah la itu kereta abang angkat saya. haha tapi dia jenis yang tak kisah. haha
konvoi habis time asar. sebelum solat asar tu kami hantar kereta dulu dan tukar naik motor sebab hafeez migran. memang tak migran la. dia dah la hafiz quran. pastu pasang lagu kuat2 memang patut kena migran pon. saya la yang bawa motor. dia bonceng belakang. tengah bawa motor tu bising je. "migran doh! migran doh!"
=.=
will u please shut up! rasa nak campak je dia dalam parit sbb bising. hahaha
lepas solat asar pergi lepak ngan aziz kat kedai makan depan balai penghulu. sebelum tu pergi rumah aziz dulu. turunkan hafeez then khalid pula bonceng. bawa khalid lagi aman dari aziz sebab first day hari tu saya pernah bawa aziz. dia. sangat. GELABAH! saya nak masuk selekoh rumah dia dah cuak sebab takut terbabas. hahaha bila dia gelabah saya pon gelabah la. ter-press masuk ke rumah dia. nasib baik takde apa2 buruk berlaku kat kitorang. tapi yang bawa khalid ni sumpah sempoi. haha
lepas lepak2 kat kedai, bawa hafeez pergi masjid. kononnya nak jumpa Cidek sebab Cidek AJK Keselamatan. Hafeez nak minta ubat migran. sampai je kat masjid, yang ada, Ustaz Shahrul, Sarah Nabila dan Farisah. Kami tanya Ustaz Shahrul nampak Cidek tak. Ustaz kata Cidek ada kat rumah. lepas tu hafeez yang degil gila bab* tu nak bawa motor. dah la tengah migran. pastu nak bawa motor lagi. kalau saya tak ingat dia tu lagi tua dari saya memang pelempang dah melekat kat muka. saya tak bagi dia bawa motor. takut nanti arwah pula saya.
then kami terus ke rumah Tok Sidang Latif (rumah keluarga angkat Cidek). Cidek masa tu nak mandi. tengah tunggu Cidek tu, terserempak la ngan anak perempuan Tok Sidang. hohohoho omak aih! grrrrrrrr *press press minyak* hahaha memang tak leh nak kata apa lagi dah. comel gila weyh. hahaha tapi malangnya Epah dah cop awal2. takpe. saya ada yang lain LOL
Lepas dapat ubat dari Cidek terus bersiap nak ke masjid. malam tu ada ceramah perdana oleh ustaz Hanafiah (not my dad) LOL
itu antara malam paling TESSSSSSEN buat saya sbb ramai yang datang lambat. Saya dah la AJK Disiplin. nak kena pastikan semua orang ada kat dalam majlis tu. Cikgu Am dah pening kepala sebab ramai yang tak datang2 lagi. nasib baik ada Bob n Abel. boleh ceriakan Cikgu Am
Bob dan Abel di belakang. Cikgu Am dan saya di depan :D |
Akhirnya semua sampai juga. Penat gila nak tunggu bebudak ni datang.
then ada Qiyamullail. sebelum masuk masjid, kami main daun terup. tak letak duit pon. main suka2. first time saya main dan game pertama saya menang. hahaha K lepastu tidooooooooooooo zzz
Hari ketiga (7 Disember)
Hari ketiga. Hari buat malang bagi saya. Pagi-pagi lagi mak kandung saya yang kat KL ni call dan marah sebab saya bawa motor. Masa tu memang takde mood nak sarapan dan pergi masjid jalan kaki sebab hari pertama dah ada 3 kes budak jatuh motor.
Pagi tu ada pertandingan azan, hafazan dan fashion muslimah. Saya hanya duduk di bawah tempat parking motor. Lepak dengan cikgu2 dan member2. Gelak2.
Tengah lepak2 tu, Ustaz Shahrul panggil saya. Nak bincang pasal pengharaman pelajar2 bawa motor. Saya memang dah lama fikir pasal benda ni dan saya dah tetapkan peraturan tu 3 bulan sebelum WAFA dan 3 minggu sebelum WAFA ustaz benarkan pula. So, kena la ikut ustaz kan? haih. lepas tu ustaz cari Don. Kebetulan Don datang pada masanya tapi Don datang sekejap je sebab nak hantar barang ke Surau Tebuk Binjai. Ustaz Shahrul nak bincang dengan Don. Ustaz suruh saya hantar barang tu tapi Don degil. (saya pon degil juga pergi ikut Don sekali) Saya pon bonceng la Don sebab nak cakap benda yang ustaz nak cakap tu kat dia atas motor. Lepas hantar barang kat surau, patah balik ke masjid semula. Masa nak masuk masjid tu, Don dah bagi signal awal2 dah. Memang line clear. Tapi, ditakdirkan oleh Allah ada penagih dadah yang bengong lagi bangang lagi biol lagi celaka pergi bantai belakang kami dan motor kami barai di belakang. Saya jatuh dulu. Dan kesannya jeans kesayangan saya terkoyak di bahagian lutut dan lutut saya terkoyak besar, luka. Don terus gaduh dengan penagih tu, saya terus cari AJK Keselamatan minta cuci kan luka. Masa dorang cucikan tu saya rasa nak pitam sebab banyak darah keluar. Rasa geram bila tengok seluar jeans kesayangan saya tu terkoyak
=.=
DAMN!
Lepas Maghrib, kalau ada sesiapa yang bawa motor atau kereta depan mata Ustaz Shahrul, kunci akan dirampas. Terus semua dah tak berani lagi bawa motor.
Hari yang sangat bosan. urrhhh dan tidurrr zzzz... bosan kan zzzz
Hari keempat (8 Disember)
Ini adalah hari yang paling saya suka sekali! Ada 3 event menarik. Pagi ada Rewang dan Gotong Royong. Malam tu ada GD (not G Dragon). Grand Dinner.
Lepas sarapan, terus ke masjid. Nak gotong royong. Bila sampai je kat masjid, terus bagi kamera kat Bob. Ingatkan nak terus gotong royong dgn kawan2 sbb tengok semua tengah bersihkan masjid tapi kena ikut Tok Sidang pergi amek ikan untuk memancing. Ada 2 jenis ikan. Ikan keli dan ikan patin. Ada 2 ekor patin panjangnya lebih kurang 1 meter. Besar gila!!!!!!! I mean...
BESAR GILAAAA!!!!
tapi tak sempat ambil gambar :(
haih~
then pergi ke parit untuk dilepaskan ikan tu. lepas tu pergi semula ke masjid. sampai je masjid tu tengok lembu yang dah disembelih. macam bosan pula tengok sembelih. saya terpaksalah menjadi diri saya yang sebenar iaitu memasuk dapur.
REWANG!!!!!
Terus ke belakang dan saya pelik. Kenapa banat ramai tak join rewang? dorang biarkan mak cik dan nenek2 yang dah tempah batu nissan latio ni masak?
bila sampai je kat belakang masjid tu, mula la saya membantu rewang. masak masakan jawa tu!!! I love Javanese cuisine :D
kalau lelaki macam saya ni masuk dapur memang hancurlah dapur tu. kalau ada anak2 buah yang buat salah sikit je dalam dapur memang kena panggang la. hahaha
masa tu kena goreng fucuk. (baca elok2 bro) fucuk tu gorengnya sekejap je. kalau lama2 nanti hangus. tukang letak fucuk dalam kuali, Amar Zaid. Saya kena toskan minyak fucuk tu. apa yang spoil nye Amar Zaid letak fucuk tu bila saya tengah toskan minyak. memang keluar la suara 'staf sarjan' saya tu. makcik2 yang kat situ usha je kitorang. pastu cikgu syaheera cakap, "biasalah dia ni, mak cik. kat sekolah dia komander."
=.= ye la cikgu...
hahahaha tapi saya memang rindu gila semua moment dekat Rewang. T^T
Lepas Asar, kena set up plak Grand Dinner. mula2 memang okay lepas tu ada masalah plak datang entah mai mana dia datang. BAM! PENING KEPALA! SAKIT KEPALA! MIGRAN! MOOD TAK BETUL MASA TU.
Saya patut jadi MC malam tu. Actually bukan saya sorang je. Saya dan Irfan. Lepas Maghrib tu saya kena balik rumah untuk bersiap. Saya sangat pening kepala sampai saya terpaksa potongkan kata2 Aqilah. sorry mak cik LOL. terpaksa mengejar masa untuk tengok progress GD. sangat lemau saya malam tu. sampai cikgu am terpaksa urut saya. takleh nak kata apa lagi dah malam tu. pening sungguh malam tu. otak saya dah pecah malam tu. masa tengah jadi MC pon hancur. semua tentatif hancur. orang lain makan. saya dah tak boleh nak sumbat apa2 makanan dalam mulut saya. tapi cikgu najmah paksa saya makan ubat. kena la makan. dan saya balik rumah tidur..... zzzz

Hari terakhir (9 Disember)
Hari terakhir. Disebabkan malam semalam saya pening kepala, jadi saya bangun pukul 9 pagi. yeah~ Hafeez sorang je pergi subuh kat masjid. saya subuh gajah. bila keluar dari bilik je, mak angkat saya tengah nangis sebab kami akan pulang hari ni :( saya susah sket nak nangis2 ni. tapi serious sedih pagi tu.
Hafeez yang sedih gila tu pergi bantai semua makanan kat dapur. lepastu complain kat saya sakit perut la ape la. yang kau makan banyak2 tu pehal? sedih memang la sedih. jangan makan diri. haha FADAN MUKA! haha
PACKING TIME! pergh... mula2 memang sedih sebab nak tinggal kan kampung ni tapi bercampur dengan happy sebab tak sabar nak balik rumah KL. dan bercampur dengan risau takut mak tahu aku accident. lepas bagi hadiah kat mak angkat terus saya sebak. terpaksa tahan air mata ni tak nak nangis. sedih gila. uuuuuuu
T^T
lepas majlis penutup, orang kampung masak Nasi Ambeng! pergh! my favorite! makan ngan member2 mestilah best. hahaha ada plak member yang tak reti makan.
then bertolak pulang... sebelum keluar dari Sabak Bernam, kami ke Kedai Bahulu & Kerepek MASRI. But before that kena la solat dulu. lepas lepak2 kat kedai masri tu, kena naik ke dewan seminar masri sebab ada taklimat tentang MASRI. hebat juga orang kita ni. dah pandai buka bisnes besar2. HEBAT!
*thumbs up*
apa yang best dalam bas time balik tu adalah Epah pasang lagu jiwang2 mat rock kapak guna speaker yang kitorang bawa dari sekolah. haha memang karaoke habis la bas tu.
sampai sekolah pukul 6 petang. pergh! penat habis.
sebelum balik rumah, jumpa Ustaz Shahrul. nak minta maaf. haha memang salah saya pon masa accident tu.
THE END
LOL agak bosan cerita saya tapi di lubuk hati saya ni saya sangat rindu WAFA12! RINDU GILA! RASA NAK PERGI LAGI! RASA NAK BUAT WAFA 2.0 .
haha
bawah ni link album gambar WAFA
and don't forget to follow our Twitter NineTeenth96
that's all by me. hope you love this post.
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment