Assalamualaikum
Sebelum saya mulakan post ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga ibadah korban kita diredhai oleh Allah SWT. Pada tahun ini, saya beraya di Kuala Lumpur. Agak bosan sebab suasana kampung memang susah nak rasa di bandar metropolitan tu. tapi tak kira di mana sahaja kita berada asalkan kita dapat merasai apa itu sebuah pengorbanan.
Nampak gambar di atas? Nampak kan? Gambar jemaah yang sedang menunaikan solat. Bila cerita pasal solat berjemaah, saya teringat sebuah kisah mengenai 4 orang mualaf yang sedang solat berjemaah di sebuah masjid bersama-sama jemaah yang lain. Mualaf yang pertama bernama Abu. Kedua, Ali. Ketiga, Anas. Dan keempat, Ashraf. Ketika mereka sedang solat Zuhur, tiba-tiba Abu terbaca tulisan pada baju jemaah di depannya. "Majlis Perbandaran Selayang", dengan kuat dia baca, tak sengaja. Ali sedar yang Abu bercakap ketika solat. Lalu Ali tegur Abu, "Hey! Dalam solat mana boleh bercakap!" Si Anas dengar Ali bercakap. Kemudian, Anas berkata pada Ali, "apesal kau plak yang cakap?" Dengan spontannya si Ashraf cakap, "fuuuhhh! Nasib baik aku tak cakap."
Kelakar kan? Cerita SOLAT MUALAF tadi adalah sama dengan konsep TEGUR di kalangan kita sesama umat Islam. Seperti Abu di atas. Abu adalah orang yang melakukan kesilapan. Ali penegur pada kesilapan. Anas menegur si penegur. Ashraf menyatakan bahawa di tak bersalah. Padahal, tidak seorang pun antara mereka betul. Ketika ada seorang manusia melakukan kesilapan atau maksiat, ada seorang manusia datang menegur sang pelaku maksiat padahal diri si penegur itu dalam keadaan melakukan maksiat juga. Dalam pada itu, ada seorang manusia lagi datang menyebelahi si pelaku maksiat. Dan orang terakhir yang datang itu adalah manusia yang rasa dirinya betul.
Teguran itu memang penting untuk membetulkan kesalah orang lain. Selain itu, tegur menegur juga dapat merapatkan hubungan antara umat Islam yang lain. Kalaulah kita tak kenal saudara Islam kita yang lain, macam mana Islam nak terus berkembang seluruh dunia?
Sabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa antara kamu terlihat orang yang melakukan kemungkaran, maka tegurlah dengan tangan. Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lidah. Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan hati. Sesungguhnya, ia adalah selemah-lemah iman."
"Barang siapa antara kamu terlihat orang yang melakukan kemungkaran, maka tegurlah dengan tangan. Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lidah. Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan hati. Sesungguhnya, ia adalah selemah-lemah iman."
Kalau kita nak tegur orang tu, kenalah pada tempatnya. Dan jangan la kita tegur tapi kita pun turut sama buat. Macam Mat Rempit masuk lokap. Salahkan sesama sendiri. Padahal diri sendiri yang bawa dia ke tempat macam tu.
Akhir kata, dunia ini memang tak selalu sempurna sehingga kita perlukan teguran untuk menyempurnakan ia. InsyaAllah, kalau kita sentiasa tegur menegur, maka dunia ini akan sentiasa dipenuhi dengan senyuman kasih sayang. :)
#CheerUpTheWorld
No comments:
Post a Comment