Saturday, 19 January 2013

Duduk Diam! Bersyukur lah!

Assalamualaikum.

Baru-baru ni, saya ada tengok satu video Forum Mahasiswa. Forum tu berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM)


Seorang mahasiswi yang berbangsa India bertanyakan soalan kemudian mengeluarkan beberapa fakta tentang pendidikan percuma di negara-negara luar. Soalan itu ditujukan pada seorang panelist, Sharifah Zohra Jabeen. Jika seseorang itu bertanyakan soalan kepada seseorang hendaklah menjawab soalan itu walaupun soalan itu mengarut. tetapi soalan yang dikelauarkan itu 100% tidak mengarut dan fakta-fakta yang dikeluarkan itu memang benar.

Yang Sharifah tu plak tak nak jawab. nampak tak bangang nya di situ. manusia memang ada masalah.

Imagine. One day, kita ada masalah. dalam masa yang sama, kawan kita pon ada masalah. Apa yang perlu kita buat? Masalah kita yang patut diselesaikan dulu atau masalah kawan kita dulu? Semestinya masalah kita dahulu sebab kalau kita sendiri tak reti nak selesaikan masalah kita sendiri, apatah lagi nak selesaikan masalah orang lain?

Sharifah tu pergi kaitkan masalah manusia dengan masalah binatang. Apakah?! Hoi! Kami ada masalah la! Jangan la bising pasal masalah binatang! Jangan la putar belitkan soalan orang!

Perkara benar yang ramai 'anjing-anjing' tak nampak adalah bila mahasiswa atau mahasiswi mengutarakan sesuatu atau memberi satu cadangan baru untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia, orang-orang atasan akan suruh mereka duduk diam dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Apakah?!

Apa guna Allah pinjamkan kepada kita akal? Hiasan semata-mata? Allah suruh kita berfikir. Bila kita banyak berfikir, maka banyaklah benda-benda baru untuk kita memakmurkan lagi bumi Allah ni.

Contohnya, jika Malaysia melaksanakan pendidikan percuma buat rakyatnya, maka ramailah golongan berpendapatan rendah akan mendapat pendidikan yang tinggi dan kadar pengangguran semestinya akan berkurangan.

Yang ramainya sekarang di Malaysia ni orang kaya berpendidikan tinggi tapi moralnya rendah. Macam Sharifah tu la. Dia sebenarnya kaya. Belajar tinggi-tinggi tapi ditipu oleh beberapa pihak untuk membodohkan anak-anak muda di Malaysia.

So, janganlah kita mengambil satu sumber sahaja. Carilah sumber-sumber lain juga. Walaupun negara itu mengamalkan satu benda yang bagus, tak salah untuk kita mengikut sistem negara tersebut. Jangan malu! Apa motif negara tu buat benda bagus kalau tidak menjadikan contoh pada orang lain. AM I RIGHT?!

BANGKITLAH MALAYSIA! KALAU RASA TAK NAK BUAT, TUKAR JE LA KERAJAAN!


2013. Senior Year

Assalamualaikum

2013! yeah! alah. benda 3 minggu lepas tapi baru nak update blog. biasa la. 3 minggu pertama ni dah busy. Macam-macam benda nak dikejar. Disember tahun lepas sibuk dengan WAFA12, Explorace VAR18TION, Qiayadah. OMAK AIH! banyak bona benda tahun lepas. 

2013 membuka tirai dan saya masih lagi pengawas. biasa la. badan yang paling pelajar tak suka adalah pengawas. pengawas ibarat polis bagi sesebuah kerajaan. ACEWAH! 

tahun ni dapat kelas 5 Salman dan kawan-kawan saya masih kekal, kelas yang sama. benda paling best lagi Cikgu Zaiham jadi guru kelas kitorang. hahaha tak pernah expect pon dia jadi guru kelas saya. kalau ye pon hanya ajar dalam kelas, bukan guru kelas tapi tahun ni rezeki dia untuk handle kelas yang hyper tu. haha 

5 Salman = Hyper
5 Saad = Tanjung Rambutan
5 Suhaib = Maahad

LOL

Bila tengok jadual waktu form 5, kami takde PJK!!!!!!
WHY?!!!! 
DAFUQ DUDE!!!
ADAKAH SEBAB KAMI GAGAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN LEPAS?!
=.=' 

biaq pi la benda tu 

[TOPIC CHANGED]

Saya masih lagi murabbi. dan adik2 usrah saya masih lagi sama cuma 2 orang pindah sekolah dan 2 orang baru masuk dalam usrah saya. Biasa la. Perjumpaan usrah pertama mesti la nak kena taaruf dulu. 

"K mula-mula kita taaruf dulu. Perkenalkan nama, tarikh lahir, tempat tinggal, hobi, cita-cita, kelas apa, suka subjek apa, nama, lagi apa?"

"nama awek, bang!"

"k nama awek. lagi?"

"suka awek macam mana, bang!"

"k suka awek macam mana. K mula dari anta"

hahaha

ntah pape la adik2 surah aku ni
bila sampai turn saya kenalkan nama, mula la dorang tanya soalan2 merepek. sebab saya saje suro dorang tanya semua benda tu sebab nak bagi masa habis cepat dan nak bagi mereka fikir apa reaksi mereka akan hadapi bila menjadi seorang murabbi yang sayang akan anak-anak usrah nya.

minggu lepas ada Syabab
macam apa je syabab minggu lepas. 

sebelum pendaftaran syabab tu, ada taklimat dari kadet KAPA dan KRS. KRS hanya cakap pasal kem kenaikan pangkat. yang KAPA cakap pasal kem2 yang semua orang akan terlibat termasuk KRS. jadi, bila KAPA yang cakap, mind-set mereka akan mengatakan KAPA lagi best sebab ada banyak aktiviti berbanding KRS. Tanggapan mereka sama sekali sememangnya SALAH dan SILAP! 

Aktiviti-aktiviti yang banyak gila tu dianjurkan oleh MASYAB! bukan KAPA! apa kesannya bila KAPA cakap macam tu? Hasilnya, 9/10 daripada jumlah pelajar baru menyertai KAPA. KRS tinggal yang saki baki tu 
=,="
memang KAPA kejam

masa nak bersurai tu, saya mula-mula memang serious tapi disebabkan si Fauzan asyik gelak-gelak dalam barisan, saya tak tahan nak gelak. then, saya gelak dalam keadaan yang serious. if you know what I mean. memang masa tu semua tengah serious tapi budak2 form 5 buat lawak plak. jadi, saya terpaksa lepaskan Syabab terlebih awal. bila dah habis tu gelak la sampai tak ingat dunia dengan Amru. hahaha buat malu je

Apa-apa pon. saya telah menjejakkan kaki ke alam tingkatan 5, menjadi pengawas senior, murabbi senior, dan setakat ni saya seorang je Staff Sarjan. Tengah tunggu dia jadi Staff. lepas dia jadi saya naik jadi Pegawai Waran II. InsyaAllah.

SPM!
GAMBATE!

Wassalam.....