Friday, 9 November 2012

Sup Ikan Kerisi Goreng Ibunda :)

Assalamualaikum.

Well
Siapa yang baca post yang sebelum ni
Post hari Khamis hari tu
Memang itu perkara benar
Tapi pada hari Jumaat yang penuh barakah
Hati saya kembali pulih
Dan saya dah boleh terima mereka
Alhamdulillah
:)

Dan DIA cakap hari tu
Dia pujuk
Kata nak buat Sup Ikan Kerisi Goreng
Well
Itu adalah makanan kegemaran saya
Sebab mak selalu masak
Maksud saya
Mak suka masak sup tu untuk saya
SERIOUSLY
SEDAP
sebab mak yang masak lah

Then
Dia minta resepi Sup Ikan Kerisi Goreng
Ingatkan dia tahu sebab saya pernah Tweet cara-cara nak buat
Agaknya masa tu dia tak online
Semalam dia minta resepi tu
Sebab saya tanya, "mana sup ikan ana?"
Hahaha
Tak tahu resepi nya rupanya
Jangan risau
Cara nak buat memang senang

...

Bahan-bahan:
Ikan kerisi, saiz kecil, disiang, diperap garam, lada hitam & serbuk kunyit
Garam
Lada hitam
1 liter air
2 batang saderi, hiris kasar
1 lobak merah, potong secara rawak
2 kentang, potong kpd 8 bhgn
rumpai laut (seaweed) ataupun isi ikan (fish flakes)
5 cendawan butang, hiris kasar

Cara-cara:


  1. Didihkan air di dalam periuk yang berisi rumpai laut ataupun isi ikan. Masukkan garam secukupnya dan lada hitam dengan kuantiti yang sedikit agar sup itu tidak panas dan pedas.
  2. Sementara air mendidih, gorengkan ikan kerisi dalam minyak yang banyak (deep-fry).
  3. Setelah air mendidih, masukkan lobak merah, saderi, dan kentang di dalamnya.
  4. Jika ikan sudah digoreng dengan sempurna dan garing, masukkan ia terus ke dalam sup agar rasa-rasa sup itu meresap ke dalam ikan yang panas.
  5. Jika kentang sudah empuk, padamkan api dan tutup periuk sup.
  6. Kurangkan minyak goreng ikan. Gorengkan (saute) cendawan sehingga lembut dan masukkan di dalam sup. Tidak perlu mengacau sup itu.
SIAP!!!!

Senang jeee
Sebenarnya dah lama tak makan Sup Ikan Kerisi Goreng ni sebab saya asyik sibuk dengan hal sekolah jee
Memang jarang la nak makan
Yang penting
Makanan ni HALAL

JANGAN LUPA CUBA YEEE
:) ^_^

#CheerUpTheWorld 

Monday, 5 November 2012

Simple Apple Pie

Assalamualaikum.

2 minggu lepas saya baru sahaja mengambil peperiksaan akhir tahun dan sekarang saya sedang menikmati cuti panjang sebelum berdepan dengan Wafdul Amin 2012, #WAFA12 dan saya ada 2 bulan sahaja lagi untuk menjadi Tingkatan 5. YES! Tingkatan 5! Penuh dengan drama untuk menghadapi SPM! Peperiksaan yang menentukan masa depan kita! WOW! Dan saya benci SPM! -,- Anyway, forget about SPM.

Memandangkan cuti panjang saya sangat bosan, jadi saya banyak luangkan masa di dapur. Bukan makan je. Saya bukan macam orang tu -----> ****

haha forget about her. saya banyak luangkan masa dengan memasak. YES! that was my hobby. cooking! MASAK! dan baru-baru ni saya buat Apple Pie. Malas la nak cakap tapi Apple Pie saya sangat sedap! haha memang lah. sendiri buat, sendiri puji la kan? HOHO tapi bukan saya sorang je yang puji, satu family saya kata sedap kecuali ayah. Ayah. AYAAAAAHHHHH!!!! sebab ayah tak suka manis-manis. K ayah. no sweet sweet next time. dan baru sahaja tadi kawan saya, Sarah Nizar, minta resepi dari saya. WOW! my first costumer! Pelanggan pertama! haha K berikut adalah cara-cara nak buat......

Preheat oven: 220 C/ Gas 7

Bahan:
Dough pastri:
3 cawan tepung, diayak
1 camca makan icing sugar, diayak
180g butter
1/2 cawan air sejuk
putih telur
icing sugar

Isi epal:
6 biji epal hijau besar, kupas kulit, buang biji, dibaji (wedge)
1 camca makan gula
1 camca teh serbuk kulit kayu manis
1 camca makan tepung
80g butter, potong dadu

Cara-caranya:
1. Sebatikan tepung dan icing sugar di dalam satu mangkuk besar. Gaulkan dengan butter. Gaul sehingga tepung menjadi seperti serbuk roti (breadcrumb). Selepas itu, masukkan air sejuk di tengah-tengah tepung. Uli sehingga menjadi sebuah doh yang kental dan bulat.

2. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan di dalam peti ais paling kurang 30 minit.

3. Role 2/3doh pastri pada permukaan tepung. Pastikan ia tidak terlalu nipis. Sapukan sedikit majerin pada permukaan bekas pie yang sesuai. Sapu sehingga rata. Bentangkan doh pastri di dalam bekas pie. Pastikan doh pastri melekat pada permukaan dan dinding bekas. Potong lebihan doh jika doh melebihi bekas.

4. Untuk isi epal, masukkan epal, gula, serbuk kulit kayu manis, tepung di dalam satu mangkuk besar. Gaul sehingga semua elemen rata pada epal. Masukkan di dalam bekas pie.

5. Role lebihan doh. Tidak nipis. Tutup epal dengan doh pastri itu. Pastikan keliling pie dikapit dengan rapat supaya apabila dibakar ia tidak akan dibuka dengan sendiri. Tebuk 4 lubang kecil di atas. Sapukan telur putih dan taburkan icing sugar sesuka hati anda banyak mana nak tabur.

6. Bakar dengan suhu yang diberi di atas selama 20 minit. Kemudian, turunkan suhu sehingga 180 C/ Gas 4 selama 40-45 minit.

7. Setelah siap, taburkan icing sugar di atas dan tunggu sehingga ia sejuk.

AMARAN: Jangan potong ketika ia panas. Ia akan merosakkan kulit pai tersebut dan jangan tutup dengan aluminium foil kerana ia akan membuat kulit apple pie menjadi lembab.

Hamboi! Dah macam chef wan gitu! Ahaaaaa~

Baiklah. Harap suka dengan resepi di atas. Sila bagi feedback ^_^

#CheerUpTheWorld