Friday, 26 October 2012

Kisah 4 Orang Mualaf


Assalamualaikum

Sebelum saya mulakan post ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga ibadah korban kita diredhai oleh Allah SWT. Pada tahun ini, saya beraya di Kuala Lumpur. Agak bosan sebab suasana kampung memang susah nak rasa di bandar metropolitan tu. tapi tak kira di mana sahaja kita berada asalkan kita dapat merasai apa itu sebuah pengorbanan.

Nampak gambar di atas? Nampak kan? Gambar jemaah yang sedang menunaikan solat. Bila cerita pasal solat berjemaah, saya teringat sebuah kisah mengenai 4 orang mualaf yang sedang solat berjemaah di sebuah masjid bersama-sama jemaah yang lain. Mualaf yang pertama bernama Abu. Kedua, Ali. Ketiga, Anas. Dan keempat, Ashraf. Ketika mereka sedang solat Zuhur, tiba-tiba Abu terbaca tulisan pada baju jemaah di depannya. "Majlis Perbandaran Selayang", dengan kuat dia baca, tak sengaja. Ali sedar yang Abu bercakap ketika solat. Lalu Ali tegur Abu, "Hey! Dalam solat mana boleh bercakap!" Si Anas dengar Ali bercakap. Kemudian, Anas berkata pada Ali, "apesal kau plak yang cakap?" Dengan spontannya si Ashraf cakap, "fuuuhhh! Nasib baik aku tak cakap."

Kelakar kan? Cerita SOLAT MUALAF tadi adalah sama dengan konsep TEGUR di kalangan kita sesama umat Islam. Seperti Abu di atas. Abu adalah orang yang melakukan kesilapan. Ali penegur pada kesilapan. Anas menegur si penegur. Ashraf menyatakan bahawa di tak bersalah. Padahal, tidak seorang pun antara mereka betul. Ketika ada seorang manusia melakukan kesilapan atau maksiat, ada seorang manusia datang menegur sang pelaku maksiat padahal diri si penegur itu dalam keadaan melakukan maksiat juga. Dalam pada itu, ada seorang manusia lagi datang menyebelahi si pelaku maksiat. Dan orang terakhir yang datang itu adalah manusia yang rasa dirinya betul.


Teguran itu memang penting untuk membetulkan kesalah orang lain. Selain itu, tegur menegur juga dapat merapatkan hubungan antara umat Islam yang lain. Kalaulah kita tak kenal saudara Islam kita yang lain, macam mana Islam nak terus berkembang seluruh dunia? 

Sabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa antara kamu terlihat orang yang melakukan kemungkaran, maka tegurlah dengan tangan. Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lidah. Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan hati. Sesungguhnya, ia adalah selemah-lemah iman."

Kalau kita nak tegur orang tu, kenalah pada tempatnya. Dan jangan la kita tegur tapi kita pun turut sama buat. Macam Mat Rempit masuk lokap. Salahkan sesama sendiri. Padahal diri sendiri yang bawa dia ke tempat macam tu. 

Akhir kata, dunia ini memang tak selalu sempurna sehingga kita perlukan teguran untuk menyempurnakan ia. InsyaAllah, kalau kita sentiasa tegur menegur, maka dunia ini akan sentiasa dipenuhi dengan senyuman kasih sayang. :)

#CheerUpTheWorld

Thursday, 25 October 2012

Couple Islamik



Assalamualaikum

Nampak tak gambar di atas tu?
Nampak kan?
Manusia takkan lari daripada dosa lidah. Sentiasa ada sahaja benda yang nak diumpat, fitnah, menipu, membongak (menipu), dan macam-macam lagi.
Seperti gambar di atas tu, kalau dari segi pandangan orang yang kurang ilmu, mesti dia akan cakap, "Itu mesti anak si fulan tengah berzina dengan anak si fulan." Itu boleh dikatakan buruk sangka.
Kalau dari pandangan orang yang berilmu tinggi dan lebih beriman, pasti dia akan kata, "itu mesti suami dan isteri sedang bermanja-manja."

Nampak tak perbezaannya? tapi yang saya nak cerita berdasarkan gambar itu adalah COUPLE. Kalau nak cerita pasal DOSA MULUT ni lain post saya akan paparkan.

Couple, atau kita translate-kan ia menjadi 'pasangan'. Bila sebut sahaja pasal couple, mesti kita akan bayangkan 'lelaki' dan 'perempuan'. Jarang kita fikir 'lelaki' dengan 'lelaki' dan 'perempuan' dengan 'perempuan' kerana hubungan songsang di Malaysia ni tidak seteruk negara luar walaupun masih ada lagi yang berada dalam gelombang homoseksual.

Kalau kita tengok majoriti pelajar di Malaysia ini terlibat dengan COUPLE ni. Bagi mereka COUPLE ni macam sesuatu yang mesti mereka lakukan apabila sudah meningkat remaja ini. Bukan setakat pelajar sekolah menengah, malah pelajar sekolah rendah juga terlibat. Memanglah mereka hanya couple biasa-biasa sahaja tetapi kerana COUPLE itulah boleh terjerumus ke dalam lubang hasut syaitan. Bagi saya tak salah untuk COUPLE tapi kena sedarlah kita ni masih lagi di bawah tanggungjawab ibu bapa lagi.

Punyalah sakit mata saya bila tengok COUPLE yang belum HALAL berjalan-jalan di Kota Raya Kuala Lumpur ni. BAJET macam suami isteri pula. Dah mula panggil "sayang", "abang", "mama", "papa", "hubby"... BUEK!!!! nak muntah tahu tak?! Tahu la nak luahkan rasa cinta tu tapi sedarlah sikit. Duit mas kahwin pun belum mampu nak bayar, ada hati nak jadikan anak orang jadi isteri.

Saya ada suka kat sorang perempuan ni, ataupun bahasa sekarang CRUSH. Dalam masa yang sama, crush saya pun suka kat saya. So, itu je la ceritanya. Kami tak pernah sesekalipun hantar mesej, call, even face-to-face pun tak pernah cakap pasal CINTA ni. Sebab rasa gelilah nak cakap dan saya tak suka panggil dia tu AWEK saya walaupun kami suka sama suka sebab perkataan AWEK ni macam perkataan yang sesuai untuk MAT REMPIT sahaja. Perkataan murahan.

Bagi saya, CINTA COUPLE yang sejati adalah apabila si LELAKI melafazkan "aku terima nikahnya". Kerana si lelaki sudah ada tanggungjawab yang besar yang terpaksa dia pikul sehingga akhir hayatnya iaitu tanggungjawab menjaga 'tulang rusuk kirinya'. Itulah baru dikatakan boyfriend paling macho! Paling SWEET! Bukan hanya berjalan-jalan sambil pegang tangan yang haram untuk disentuh tu.

Akhir kata, tak salah untuk COUPLE cuma bila couple tu jangan sampai menimbulkan fitnah masyarakat. Biasalah. Kita di Malaysia. Orang Malaysia ni memang pantang dapat berita-berita panas macam ni.

#CheerUpTheWorld :)

Salam Perkenalan

Assalamualaikum

Sebenarnya saya pernah blogging sebelum ni tapi blog lama saya dah delete. So, saya bercadang nak blogging semula dan insyaAllah saya akan V-logging pula bersama kawan-kawan saya. InsyaAllah post-post yang akan saya paparkan dalam blog saya ini tiada unsur politik, lucah atau keganasan. Saya akan paparkan tentang pemahaman Islam, isu-isu semasa, cerita-cerita lawak, dan segala unsur yang boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

#CheerUpTheWorld :)